Posts

BERMULANYA PENGALAMAN AKU SEBAGAI PESAKIT DI WAD PSIKIATRI (BAHAGIAN 1)

Image
Aku pengembara duniaku mengembara mencari erti hidup, kadang kala aku sendiri tewas. Namun aku tak gambarkan diri aku sudah terlambat untuk balik ke jalan yang benar. Aku merupakan anak tunggal yang tinggal bersama ibu aku. Ayah aku pula telah meninggal dunia sejak aku berumur 8 tahun lagi. Sebelum kematian ayah, aku tak sunyi dan banyak menghabiskan masa dengan ayah. Namun selepas ayah pergi minggalkan kami, aku terasa sangat sunyi.  Aku bukanlah anak yang dimanjakan mak, mak sangat tegas dan pada masa yang sama dia seorang yang sangat penyayang. Aku faham, selepas ayah meninggal dunia, mak terpaksa berkerja keras untuk menyara aku, aku faham mak penat dan pada masa yang sama aku inginkan perhatian mak. Aku cemburu melihat kehidupan sepupu aku yang lengkap ada kakak ada adik, tetapi aku hanyalah anak yatim yang kesunyian. Semasa kecil aku selalu membayangkan yang diri aku ini mempunyai seorang abang (khayalan) yang sentiasa menjaga aku. Nama abang aku Saiful. Semasa zaman aku keci...