BERMULANYA PENGALAMAN AKU SEBAGAI PESAKIT DI WAD PSIKIATRI (BAHAGIAN 1)

Aku pengembara duniaku mengembara mencari erti hidup, kadang kala aku sendiri tewas. Namun aku tak gambarkan diri aku sudah terlambat untuk balik ke jalan yang benar. Aku merupakan anak tunggal yang tinggal bersama ibu aku. Ayah aku pula telah meninggal dunia sejak aku berumur 8 tahun lagi. Sebelum kematian ayah, aku tak sunyi dan banyak menghabiskan masa dengan ayah. Namun selepas ayah pergi minggalkan kami, aku terasa sangat sunyi. 

Aku bukanlah anak yang dimanjakan mak, mak sangat tegas dan pada masa yang sama dia seorang yang sangat penyayang. Aku faham, selepas ayah meninggal dunia, mak terpaksa berkerja keras untuk menyara aku, aku faham mak penat dan pada masa yang sama aku inginkan perhatian mak. Aku cemburu melihat kehidupan sepupu aku yang lengkap ada kakak ada adik, tetapi aku hanyalah anak yatim yang kesunyian.

Semasa kecil aku selalu membayangkan yang diri aku ini mempunyai seorang abang (khayalan) yang sentiasa menjaga aku. Nama abang aku Saiful. Semasa zaman aku kecil, aku sering dibuli oleh rakan di pusat tusyen. Aku pernah dipulaukan, pernah dilempar dengan batu malah pernah diludah oleh rakan-rakan. Aku merasakan hidup aku tak berguna dan tak layak untuk hidup.

Selepas berpuluh tahun, aku kini dewasa. Aku mengalami episod apa yang dinamakan sebagai Major Depressive Disorder with Psychosis, atau bahasa mudahnya kemurungan dengan halusinasi suara. Aku mengalami kemurungan disebabkan aku terpaksa tinggalkan ibu berjauhan keseorangan mengharungi pamdemik COVID-19. Aku diselubungi rasa bersalah.


Aku dimasukkan ke dalam wad hospital selama seminggu kerana cubaan aku untuk menikam diri aku dengan gunting. Kenapa aku bertindak demikian, kerana aku rasa sangat letih untuk hidup. Aku berkhidmat sebagai seorang guru yang sentiasa cuba buat yang terbaik untuk anak-anak murid aku. Apabila berjauhan dari ibu dan bertahun-tahun meninggalkan kampung halaman, aku rasakan usaha aku tidak dihargai ibu bapa dan juga murid.

Comments